Teringin nak buat roti canai yang sedap? Tapi takut nak mencuba sebab takut tak menjadi. Takut tak sedap, tak lembut. Anda jangan risau. Ini ada resepi rahsia roti canai, sedap lembut persis roti canai mamak. Tak menyesal kalau buat sebab memang akan menjadi.
Tapi yang penting bahan-bahan dan cara pembuatannya tu perlu betul dan mencukupi. Jadi tanpa membuang masa, ayuhlah kita mula buat sekarang menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini.
Cara Mudah Buat Roti Canai Mamak Yang Lembut, Gebu & Sedap!
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan tepung gadum
- 1 hingga 1 1/2 cawan air
- 1 sudu besar marjerin
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
- Air + garam + susu di kacau = Bahan A
- Bahan A di campur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
- Campur minyak masak
- Campur marjerin
- Uli doh hingga lembut dan elastik.
- Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan 30 minit.
- Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
- Dan saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat. Nak salut dengan minyak pun boleh.
- Tinggalkan selama 2 jam.
- Siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
- Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu, nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
Di sini PETUA/RAHSIA untuk buat roti canai:
- Untuk menjadikan roti canai itu liat taruh minyak
- Untuk menjadikan roti canai itu crispy taruh gula or tambah susu pekat manis
- Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang uli dengan air sejuk/ais
Mudah sahaja kan nak buat roti canai yang lembut dan sedap ni? Kalau dah tahu resepinya mudah macam ni, lepas ni hari-hari buat. Sangat sesuai nak makan pada bila-bila masa. Sama ada pagi atau pun malam.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Iza Haliza Mohd Zaid Via MAHN
Baca juga : Aksi ‘Buntat’ Menebar Roti Canai Tarik Perhatian, Warganet Rindu Nak Tengok Lakonan Pelakon Cilik Itu.