Sejak beberapa minggu kebelakangan ini viral berkenaan dengan roti Gardenia perisa baharu. Yang mana ramai yang tertipu kerana ada salah faham terhadap label pada roti biasa. Bukan itu sahaja, malah roti Gardenia perisa baharu iaitu Roti Pandan Gula Melaka juga sering kehabisan stok apabila dikeluarkan.
Pasti ramai lagi rakyat Malaysia yang tak sempat merasainya memandangkan ia tidak dikeluarkan setiap hari. Tekak dah teringin nak makan, jadi apa kata kita cuba buat sendiri dengan mengikuti resepi yang dikongsi oleh Ritzuwan Syde.
Resepi Roti Pandan Gula Melaka Ala Gardenia
Bahan-bahan:
- 500g Tepung roti
- 15g Tepung susu
- 15g Tepung ubi
- 14g Kelapa parut
- 8g Garam
- 50g Gula kastor
- 11g Yis kering
- 5g Bread improver *optional
- 10g Pandan paste
- 40g Shortening
- 330g Air tapis
- 30g Gula melaka
Cara Penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan.
- Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”.
- Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.
- Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
- Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
- Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. *tadi saya biarkan kembang lebih sikit.
- Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing).
Mudah sahaja kan nak buat Roti Gardenia yang viral ini. Mana tahu kot-kot sebiji ke rasa dia. Boleh juga buat jualan kan. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba buat sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Ritzuwan Syde
Baca juga: Cara Buat Roti Kering Homemade, Bila Cicah Dengan Air Kopi Memang Nikmat Sungguh!