Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Horns Mini Yang Mudah Dan Menyelerakan Sehingga Menjilat Jari

Resepi Roti Horns Mini Yang Mudah Dan Menyelerakan Sehingga Menjilat Jari

Kategori: ,

Roti merupakan satu makanan yang dihasilkan daripada doh tepung dan air melalui proses pembakaran. Ia merupakan makanan yang popular sepanjang zaman. Banyak makanan lain yang dapat dihasilkan menggunakan roti.

Antara menu yang biasa orang buat ialah puding roti, muffin roti, roti goreng cheese dan lain-lain. Jika korang adalah penggemar roti, korang wajib try resepi roti horns mini ni. Daripada biarkan roti expired macam tu je, baik korang olah jadi makanan yang lebih lazat dan menarik buat seisi keluarga.

Cara-cara Buat Roti Horns Mini Yang Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti gardenia
  • 2 biji telur
  • Serbuk roti
  • Isi ayam
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Lobak merah
  • Daun salad
  • Tepung bestari

Cara penyediaan roti horns mini:

  1. Potong lobak merah dan salad mengikut saiz yang diingini.
  2. Potong isi ayam secara memanjang dan celupkan di dalam tepung bestari. Kemudian goreng ayam sehingga masak.
  3. Potong bahagian tepi roti dan gelek nipis. Kemudian potong bahagian tengah roti menjadi segi tiga.
  4. Sapu larutan tepung gandum dan air pada sisi roti.
  5. Gulung roti menjadi bentuk kon atau horns. Tekan-tekan sikit supaya roti melekat.
  6. Celup roti ke dalam telur yang telah dipukul manja.
  7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti. (Pastikan bahagian dalam juga bersalut).
  8. Goreng sehingga menjadi kuning keemasan.
  9. Isi bahagian tengah roti dengan lobak merah, isi ayam dan salad.
  10. Kemudian paipkan sos dan mayonis. Siap!

Sedapnya! Bahan-bahan pun mudah nak dapatkan. Bahan asas yang sering digunakan dirumah je. Cara penyediaannya pun mudah.

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi roti horns mini yang sedap dan menyelerakan. Selamt mencuba!

Kredit: Cik Puan Julieta, Nini Nini

Baca juga: Jom Cuba Resepi Roti Goreng Sayuran Yang Sedap & Mudah Untuk Sarapan Pagi

tags: