Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Roti Kukus Sosej Cheese, Tak Ramai Yang Buat Tapi Rasa Dia Memang Sedap Sangat!

Ini Resepi Roti Kukus Sosej Cheese, Tak Ramai Yang Buat Tapi Rasa Dia Memang Sedap Sangat!

Kategori:

Mana peminat roti sosej? Mesti anda dah bosan kan asyik makan roti sosej bakar sahaja atau roti sosej yang biasa. Apa kata kali ini cuba buat roti sosej cheese kukus pula. Sedap sangat, rasa lembut, gebu dan berlemak. Hidangan ini pun mudah, ringkas dan cepat untuk disediakan. Makan satu pun dah kenyang.

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sosej
  • Sosej
  • Cheddar Cheese
  • Mayonis

*Sos cili (jika perlu)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus sosej dan toskan
  2. Ambil roti belah tengah dan sapukan mayonis di dalamnya. (kalau suka sos, boleh sapu sekali)
  3. Sumbatkan sosej yang di rebus tadi di tengah.
  4. Potong kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
  5. Lapiskan kepingan cheese di atas sosej.
  6. Panaskan air dalam periuk kukus sehingga mendidih.
  7. Susun roti sosej tadi dalam periuk (pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
  8. Tutup tudung periuk dan kecilkan api.
  9. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sampai cheese cair dan roti panas serta lembut.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Asmawaty N Sofian

Baca juga: Cara Buat Puding Roti Serikandi Yang Cantik, Sedap Dan Mudah

tags: