Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Sosej Cheese Gulung Salut Tepung ‘Rahsia’, Lelehan Cheese Tu Menggoda Habis!

Resepi Roti Sosej Cheese Gulung Salut Tepung ‘Rahsia’, Lelehan Cheese Tu Menggoda Habis!

Kategori:
resepi roti sosej cheese

Roti sosej cheese gulung ini sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau makan petang bersama seisisi keluarga bersama secawan teh yang hangat.

Tambahan lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai yang asyik lapar sehingga ulang alik dapur untuk mencari makanan.

Ibu-ibu boleh sediakan roti sosej cheese ini untuk anak-anak, pasti mereka suka! Paling penting, hanya menggunakan 4 bahan yang mudah untuk didapati. Jom lihat cara lengkap untuk membuatnya di bawah!

Resipi Roti Sosej Cheese Gulung

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Roti
  • Cheese slice
  • Tepung bestari

Cara-cara:

  1. Rebus sosej sekejap.
  2. Lenyekka roti sehingga leper.
  3. Letakkan sekeping cheese dan 1 batang sosej ke atas roti tadi.
  4. Gulung sehingga kemas, letak air di hujung untuk lekatkan roti.
  5. Celup roti tadi ke dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung bestari.
  6. Goreng dalam minyak yang panas menggunakan api kecil sehingga keperangan.
  7. Bila dah masak, toskan di atas tisu dapur dan sedia untuk dihidang!
  8. Selamat mencuba!

Kredit: Liza Saliza

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Roti Goreng Sayuran Yang Sedap & Mudah Untuk Sarapan Pagi

tags: