Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Roti Zebra Panggang Lembut Dan Nikmat

Indonesian Cuisine: Resepi Roti Zebra Panggang Lembut Dan Nikmat

Kategori: ,,

Ramai yang menggemari roti berbanding nasi. Pelbagai jenis roti dapat disediakan dengan cara yang begitu mudah dan ringkas. Oleh itu, disini terdapat cara membuat roti zebra panggang yang lembut dan boleh dinikmati oleh semua orang.

Bahan-Bahannya Roti Zebra Panggang:

  • 7 Butir Telur
  • 250 gr Gula Pasir
  • 250 gr Tepung Terigu
  • 100 gr Mentega
  • 1 sdt Quick (pengembang kue)
  • 30 gr Susu Bubuk
  • Pewarna makanan

 

Cara-cara Penyediannya:

  • Masukkan gula dan susu bubuk kedalam bekas adunan
  • Masukkan satu senduk teh quick
  • Kemudian pecahkan 7 buti telur ke dalam adunan
  • Kacau sehingga rata sehingga adunan mengembang
  • Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Akhirnya masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sehingga rata
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • Masukkan pewarna makanan mengikut citarasa masing-masing ke dalam kedua-dua bekas
  • Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan secara berelang seli
  • Bakar adunan selama 30 minit
  • Setelah selesai angkat roti dan siap untuk dihidangkan

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

 

Kredit resepi Bunda Cinta

tags: | | |