Penggemar coklat pasti kenal dengan coklat berjenama Royce’ yang semakin mendapat perhatian ramai. Bagi yang belum tahun, Royce’ Chocolate adalah dessert coklat yang berasal dari Jepun.
Siapa yang pernah rasa coklat ni, pasti teksturnya yang lembut dan cair di mulut. Rasanya yang mewah dan enak pasti buatkan anda teringat sampai bila-bila.
Namun, memang tak dinafikan yang harga coklat Royce’ ini agak mahal. Di samping itu, ia juga mungkin sukar untuk didapati kerana tak dijual di semua tempat.
Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri coklat ala-ala Royce’ di rumah? Bahan yang digunakan tak terlalu banyak, caranya juga agak mudah. Pasti anda terkejut dengan hasilnya.
Jom kita lihat resepi Royce’ Chocolate yang dikongsikan oleh @alisyafashihah di TikTok.
1.Potongkan coklat masakan hingga menjadi ketulan kecil.
2. Kemudian, panaskan coklat masakan tadi menggunakan Teknik double boil sehingga semuanya cair dan sebati.
3. Sediakan periuk dan buka api kecil. Masukkan whipping cream.
4. Seterusnya, masukkan unsalted butter ke dalam periuk yang sama. Kacaukan semua bahan sehingga sebati dan mendidih.
5. Bila adunan sudah mendidih, terus angkat dan campurkannya ke dalam mangkuk berisikan coklat yang telah dicairkan sebentar tadi. Kacaukan adunan hingga sebati.
6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang kek bersaiz 23 X 22 cm. Pastikan anda guna loyang saiz ini untuk dapatkan ketebalan dan saiz coklat yang sesuai. Simpan ke dalam peti sejuk selama 3 hingga 5 jam.
7. Selepas disejukkan, potong coklat yang telah dibuat. Sebaiknya, potonglah dengan saiz yang sama.
8. Taburkan serbuk koko ke atas coklat. Jangan tabur serbuk koko terlalu banyak tau! Ia boleh buatkan coklat jadi pahit.
9. Coklat ala Royce’ Chocolate sedia untuk dinikmati.
Wah senang saja rupanya. Tengok pun tau sedap. Rupanya memang persis dengan Royce’ Chocolate yang dijual di kedai. Tak sabar rasanya nak buat. Jom cuba resepi ni!
Sumber : TikTok @alisyafashihah