Cuaca di Malaysia semakin panas sejak akhir-akhir ini. Kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak memang nikmat sangat rasa kan? Apa kata jom cuba buat pencuci mulut sago gula melaka. Resepi perkongsian oleh Nina Mahdar ini mudah untuk dicuba dan sesuai dimakan seisi keluarga.
Resepi Sago Gula Melaka
Bahan Puding Sago:
-
1 cawan sagu putih
-
sedikit perwarna merah (kalau dah guna sagu merah dah tak perlu letak perwarna)
-
(nak letak sedikit perisa ros pun boleh)
-
1 cawan air – untuk rendam sagu
-
3 cawan air – untuk masak sagu (kalau sagu korang degil nak kembang – tambah je sikit air lagi)
Cara Membuatnya:
- Masukkan sagu kedalam mangkuk. tuang 1 cawan air. biarkan sagu mengembang.
- Didihkan 3 cawan air. tuang sedikit perwarna merah. kacau.
- Kemudian masukkan sagu. gaul perlahan-lahan sehingga sago mengembang.
- Angkat dan sejukkan.
Bahan Kuah Gula Melaka:
Cara-cara:
-
Satukan kesemua bahan.
-
Masak sehingga gula larut. angkat dan tapis.
Bahan Lain:
Cara Penyediaan:
-
Sediakan bekas yang sesuai.
-
Tuang secukupnya gula melaka.
-
Masukkan sago. letak sumi.
-
Dan akhir sekali tuang susu cair.
-
Sesuai di makan sejuk-sejuk.
Tips: Tadi ada kawan kata bilas sagonya untuk buang lendir2 nak bagi sago cantik bebiji-biji.