Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sagu Gula Melaka Warna-Warni, Comey Sangat Ni!

Resepi Sagu Gula Melaka Warna-Warni, Comey Sangat Ni!

Kategori: ,
Sagu Gula Melaka Warna-Warni

Shafina Shariffin telah berkongsi resepi sagu gula melaka warna-warni di laman Facebook. Menurutnya, selama ini jika dia buat sagu gula melaka main hentam je. Kadang-kadang putih dalam sagu pun tak hilang lagi dan kadang-kadang terlebib masak sampai hilang butir-butir sagu.

Jadi bagaimana cara untuk dapatkan sagu yang sempurna dan tidak melekat diantara biji-biji sagu tu? Jom ikuti perkongsiannya.

Resepi Sagu Gula Melaka Warna-Warni

Hari ni kita main warna2 butiran sagu. Cantikk kann. Macam sayang nak makan.

Selama ni buat sagu gula melaka main hentam je, kadang putih dalam sagu xhilang, kadang terlebih masak sampai hilang butir2 sagu, sehingga la terbaca tips warga mahn.. Baru la helokk sikit rupa sagu kita. thanks pada yg share hari tu ya. 

Ok ni saya share lagi tips merebus dan mewarna yg sy guna.

Rebus

  • Panas kan air dalam periuk, air tak kisah banyak mana,banyak lagi bagus. air dah mendidih baru masuk kan sagu, guna api sederhana.. Masak sagu sehingga hilang putih2..
  • jangan panik tgk sagu2 seperti hilang butir, tapis dan lalu kan pada air..nanti butir sagu akn timbul balik dalam tapis.

Mewarna

  • Asing kan sagu yg siap di rebus tadi masuk dalam bekas2, ikut la kalau nak buat 3kaler asing kan dalam 3bekas.. Then letak pewarna, tunggu 10minit bg warna meresap.
  • Mcm saya nak kaler pastel, so saya bilas lagi sagu yg dah siap di warna tu, dan bila kita bilas lepas mewarna, saki baki pewarna tak kan merosak kan kaler2 lain bila kita campur kan dalam satu mangkuk time nak makan nanti. lepas tu letak susu dan gula merah, Siap!

Senang je, Selamat mencuba guys!

Kredit resepi: Shafina Shariffin

 

 

 

 

tags: