Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Salad Rolls With Green Sauce’ Viral Di TikTok, Yang Penting Sos Kena Padu Baru Lebih Umphh!

Resepi ‘Salad Rolls With Green Sauce’ Viral Di TikTok, Yang Penting Sos Kena Padu Baru Lebih Umphh!

Kategori:
resepi salad rolls with green sauce

Sejak akhir-akhir ini makanan dari TikTok memang viral. Antara makanan Tiktok yang sudah viral dan digemari ramai adalah Tortilla Wrap Hack dan Sandwich. Malah terbaru timbul pula Salad Rolls With Green Sauce Mak Kau Hijau. Memang ianya adalah makanan yang menjadi trend saat ini.

Pastinya ramai yang ingin cuba Salad Rolls ini kan? Sedap sangat ke sampai ramai sangat yang menggemarinya. Jadi apa kata kita cuba sendiri dan lihat apa tahap kesedapannya.

Cara Buat Salad Rolls With Green Sauce

Salad Rolls

Bahan-bahan : 

  • Rice paper | belah 2
  • Crabstick | rendam seketika dengan air mendidih
  • Salad
  • Timun | potong anggaran 3 inci
  • Carrot | sagat memanjang
  • Air suam | untuk basahkan rice paper

Cara Penyediaan : 

  1. Basahkan rice paper dengan air suam.
  2. Letakkan crabstick yang sudah dibuka gulungannya atas rice paper.
  3. Susun salad, timun, carrot dan 1 lagi crabstick yang tidak dibuka gulungannya atas rice paper dan crabstick tadi.
  4. Gulungkan perlahan-lahan dengan padat.
  5. Belah dua untuk mudah makan.
  6. Siap

Green Sauce :

Bahan-bahan : 

  • Daun ketumbar | sekali akar
  • Bawang putih
  • Cili hijau
  • Limau kasturi | Jusnya sahaja
  • Mayonis
  • Sos ikan
  • Gula kabung siam
  • Ajinamoto

Cara Penyediaan : 

  1. Kisar halus kesemua bahan bersama sedikit air.
  2. Siap untuk dihidangkan.

Nota : Resepi sos ini tiada sukatan, main agak-agak je!

Apabila tengok pada sosnya yang hijau mesti ramai yang teringin kan? Tampak menggoda. Jadi apa tunggu lagi, tak kan nak tengok sahaja kan? Jom kita cari barang dan buat sekarang!

Selamat Mencuba!

Kredit : Senz Ahmad Via MAHN

Baca juga : Menu Diet, Egg Salad Bell Pepper & Cucumber Boats Yang Sangat Fresh. Simple & Sedap Sangat!

tags: | |