Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Salmon Grilled Lemon Sauce’ Yang Tampak Menarik, Rasanya Juga Sedap Dan Menyelerakan! Jom Cuba

Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Salmon Grilled Lemon Sauce’ Yang Tampak Menarik, Rasanya Juga Sedap Dan Menyelerakan! Jom Cuba

Kategori: ,
resepi Salmon Grilled Lemon Sauce

Resepi Salmon Grilled Lemon Sauce ini menggunakan ikan salmon. Ikan salmon merupakan ikan laut yang paling digemari oleh kebanyakkan orang. Rasanya memang sangat luar biasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi antaranya ialah omega-3 dalam ikan ini boleh melawan kemurungan dan dalam masa yang sama boleh menggantikan ubat antidepressant.

Di samping itu ikan salmon dapat membantu perkembangan otak, menjaga kesihatan mata, menjaga kesihatan kulit, mencegah alzhaimer dan banyak lagi. Kaedah atau cara masakan ikan salmon ini banyak. Antaranya ialah panggang. Lebih enak lagi apabila ikan salmon panggang di makan bersama dengan sos lemon. Memang menyelerakan. Jom kita cuba!

Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Salmon Grilled Lemon Sauce’ Yang Tampak Menarik, Rasanya Juga Sedap Dan Menyelerakan! Jom Cuba

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan salmon
  • Sedikit garam
  • Sedikit blackpepper
  • Sedikit butter
  • Bahan Sos:
  • Bawang putih |dicincang
  • Whip cream
  • Sedikit air perahan lemon
  • Bahan perasa
  • Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lumurkan garam dan blackpepper atas ikan salmon.
  2. Kemudian grilled salmon dengan sedikit butter.
  3. Ketepikan dan mula membuat sos. Gunakan minyak yang sama untuk membuat sos.
  4. Tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  5. Masukkan air lemon dan juga whipping cream.
  6. Kacau rata dan tambahkan sedikit perasa.
  7. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah tersebut.
  8. Apabila dah siap tuangkan atas lemon dan hiaskan dengan parsley kering.
  9. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Herawati Basri Via MAHN

tags: |