Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Salted Egg Butter Chicken Yang Sedap Berkrim, Memang Tak Puas Makan

Resepi Salted Egg Butter Chicken Yang Sedap Berkrim, Memang Tak Puas Makan

Kategori: ,
resepi salted egg butter chicken

Kemungkinan besar salted egg butter chicken ini digemari oleh hampir kebanyakan orang. Mungkin rasanya yang lemak-lemak masin yang membuatkan ramai orang berselera dan menyukainya. Jadi kalau nak buat, boleh cuba rujuk resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur masin (asingkan)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung biasa
  • 500 gram isi dada ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu sejat
  • 10-12 helai daun kari

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak.
  2. Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati.
  3. Salut isi dada ayam dengan campuran tepung.
  4. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin.
  5. Salutkan dengan campurang tepung sekali lagi.
  6. Goreng ayam sehingga keperangan.
  7. Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi.
  8. Masukkan 1 cawan susu sejat dan renehkan seketika.
  9. Masukkan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.
  10. Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata. Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Seismik makan

Baca juga: Cara Mudah Buat Ayam Buttermilk, Rasa Dia Memang Power

tags: