Gambar sambal ayam penyet tu nampak sedap kan. Mesti anda teringat sambal dekat restoran AP atau AG kan? Kalau anda teringat dan teringin nak makan. Tak perlu membazir duit beli dekat AP atau AG. Hanya sediakan bahan dan buat sendiri dengan menggunakan resepi sambal ayam penyet ngosek ini.
Memang lain dari yang lain, Rasanya juga sangat luar biasa. Bukan sahaja sedap tetapi ianya menjimatkan wang anda. Sekali buat dapatlah satu mangkuk kecil, boleh simpan kalau tak habis dan boleh makan sehingga puas!
Resepi Sambal Ayam Penyet Yang Mudah Serta Sedap!
BAHAN-BAHAN (digoreng seketika):
- 20 batang cili merah
- Segenggam cili padi merah + hijau (kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas)
- 1/4 bawang holland
- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji tomato kecil
- Semangkuk kecil ikan bilis
- 1 sudu kecil udang kering
- Secubit belacan
* Goreng asing cili dan bahan lain
CARA PENYEDIAAN:
- Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar.
- Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. (Simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini).
- Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Kacau sesekali.
- Masukkan baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal masak dalam api perlahan.
- Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa. Boleh tambah secubit dua perencah Hilal. Boleh beli di Tesco.
- Kalau ada minyak sambal yang pecah minyak, boleh keluarkan sedikit.
- Tutup api selepas semua rasa bersatu.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan ayam penyet.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Afy AL Habibi