Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng, Sedap Bila Campur Tumis Ikan Bilis Rasa Kriuk-Kriuk Asli. Korang Kena Cuba!

Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng, Sedap Bila Campur Tumis Ikan Bilis Rasa Kriuk-Kriuk Asli. Korang Kena Cuba!

Kategori: ,,
sambal pucuk ubi goreng

Pucuk ubi kalau dicelur dan dimakan bersama pencicah seperti budu memang sedap! Makan pula dengan nasi dan sambal belacan akan jadi sedap bukan kepalang. Selain dijadikan ulam, sambal pucuk ubi goreng pun buat korang tambah nasi! Memang sedap.

Jom rujuk resepi yang dikongsi oleh Farhadina Halim ini bersama.

Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng, Sedap Bila Campur Tumis Ikan Bilis Rasa Kriuk-Kriuk Asli. Korang Kena Cuba!

sambal pucuk ubi goreng

Bahan-Bahan:

  • pucuk ubi (ambil daun sahaja)
  • ikan bilis
  • tepung beras
  • 1 atau 2 biji bawang besar
  • belacan
  • 1 keping asam keping
  • cili kering

Cara Penyediaan:

  1. Pucuk ubi ambil daun sahaja dan buang tangkai. Basuh bersih-bersih dan toskan sampai daun kering.sambal pucuk ubi goreng
  2. Tujuan nak bagi kering supaya tak meletup masa goreng dalam minyak panas. Minyak untuk goreng kena cukup dan betul-betul panas. Pakai minyak yang sama sehingga siap masakan.sambal pucuk ubi goreng
  3. Goreng sehingga garing. Nak tahu garing ke tak, boleh tengok warna daun dan bertukar.sambal pucuk ubi goreng
  4. Kemudian, campurkan ikan bilis dengan tepung beras.sambal pucuk ubi goreng
  5. Bawang besar 1 atau dua labu. Dihirs halus.sambal pucuk ubi goreng
  6. Bakar belacan. Agak-agak sahaja, dan sediakan asam keping sekeping sahaja.sambal pucuk ubi goreng
  7. Sediakan cili kering yang dikisar kering. Pastikan rebus cili kering dan potong halus.sambal pucuk ubi goreng
  8. Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian toskan.sambal pucuk ubi goreng
  9. Tumis bawang menggunakan minyak ikan bilis tadi.sambal pucuk ubi goreng
  10. Masukkan cili kisar, belacan, asam keping dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.sambal pucuk ubi goreng
  11. Tutup api dan masukkan pucuk ubi yang dah digoreng bersama ikan bilis. Gaul hingga rata.sambal pucuk ubi goreng
  12. Dah siap! Boleh makkan dengan nasi putih dan kicap.sambal pucuk ubi goreng sambal pucuk ubi goreng

Dah siap! Boleh makan dan nikmati sambal pucuk ubi goreng. Memang sedap kan? Dah lah senang, rasanya pula memang berbaloi makan dengan nasi kosong sahaja.

Semoga perkongsian ini bermannfaat buat semua. Selamat menikmati semuanya!

Sumber: Farhadina Halim

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!

tags: | |