Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Sedap Yang Amat! Makan Dengan Lontong Memang Meletup Habis

Resepi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Sedap Yang Amat! Makan Dengan Lontong Memang Meletup Habis

Kategori:
resepi sambal tomato ikan bilis garing

Umum mengetahui bahawa ikan bilis merupakan antara makanan atau lauk yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dan pasti anda selalu makan sambal ikan bilis garing Che Nor, sambal petai ikan bilis dan lain-lain. Tapi kali ini Daily Makan bawakan resepi sambal tomato ikan bilis goreng. Memang sedap sangat. Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam memang menambah nasi.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan (digoreng dengan minyak terlebih dulu hingga masak dan ketepikan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
  • 1 inci gula melaka (kak long guna gula kabung sebab tu je yang ada)

Bahan Tumbuk Kasar:

  • 4 biji cili merah dipotong kasar
  • 2 biji tomato dipotong 8
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tadi dah goreng ikan bilis dan belacankan.
  2. Sekarang letak sikit minyak dan goreng bahan tumbuk kasar tadi.
  3. Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis serta belacan tadi. Gaul kejap. Masukkan pula gula melaka tadi sampai hancur.
  4. Kemudian baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
  5. Siap untuk dihidangkan.

 

tags: |