Tiada idea nak masak apa untuk menu tengahari? Apa kata jom cuba buat sambal tumis ikan bilis petai ini. Makan dengan nasi panas memang sedap dan padu! Satu lauk ini pun dah cukup berselera dibuatnya. Selamat mencuba!
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, Makan Dengan Nasi Panas Memang Padu!
Bahan-bahan:
- Cili kering, bawang besar, bawang putih (kisar sampai halus)
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 keping asam keping
- Ikan bilis (goreng garing, ketepikan)
- Isi petai
- Garam, gula dan ajinomoto
Cara-cara:
- Tumis bawang sampai naik bau. Guna minyak bekas goreng ikan bilis.
- Masukkan cili kisar dan asam keping. Masak sehingga betul-betul pecah minyak.
- Kemudian masukkan gula, jangan kacau. Biarkan sampai bertukar karamel untuk dapatkan warna merah cantik.
- Kemudian baru kacau, masukkan garam dan ajinamoto sedikit.
- Bila rasa semua dah sedap, masukkan petai. Biarkan sekejap baru masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi.
- Kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air selepas gula jadi karamel tadi.
- Selamat mencuba!
Kredit: Ana Mariana Ismail
Baca juga: Lauk Macam Ni Memang Anak-Anak Suka, Ini Dia Resepi Ayam Sos Tiram Simple & Mudah