Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Sandwich Sardin ‘Express’ Yummy, Puas Hati Letak Inti Penuh-Penuh!

Wanita Ini Kongsi Resepi Sandwich Sardin ‘Express’ Yummy, Puas Hati Letak Inti Penuh-Penuh!

Kategori:
Sandwich Sardin

Sandwich sentiasa menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Diantara sandwich yang sentiasa menjadi pilihan adalah sandwich sardin dan sandwich telur. Menu ini sangat mudah untuk disediakan. Sesuai juga dijadikan sebagai hidangan kepada tetamu dalam apa-apa majlis sekalipun.

Nak tahu cara mudah, cepat dan sedap untuk membuat sandwich sardin? Wanita ini kongsi resepi lengkap, ikuti perkongsian oleh Lia Yob Ibrahim di bawah.

Wanita Ini Kongsi Resepi Sandwich Sardin ‘Express’ Yummy, Puas Hati Letak Inti Penuh-Penuh!

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin/makerel (buang sos ambil ikan sahaja)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • Cayenne/serbuk cili (jika suka pedas)
  • Daun salad (basuh dan toskan)
  • Tomato (dihiris)
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Roti
  • Butter (untuk sapu pada roti)
  • Limau kasturi

Cara-cara:

  1. Buangkan sos, ambil ikan sahaja. (sardin/makerel).
  2. Hancur-hancurkan, kemudian masukkan secubit garam. Gaul sebati.
  3. Perap asal limau kasturi dalam 2 biji. Atas citara masing-masing.
  4. Masukkan serbuk cayenne atau serbuk cili. Ikut suka nak pedas mana.
  5. Masukkan bawang yang sudah didadukan. Gaul rata.
  6. Masukkan sedikit mayonis.
  7. Sapu butter pada roti.
  8. Kemudian letakkan salad dan hirisan tomato.
  9. Letakkan pula inti sardin tadi.
  10. Paipkan mayonis dan thousand island.
  11. Tangkupkan dengan sekeping roti lagi. Potong silang pangkah.
  12. Siap! Selamat mencuba.Sandwich Sardin

Kredit: Lia Yob Ibrahim

tags: