Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sardin Goreng Bercili Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan. Confirm makan nasi bertambah-tambah!

Resepi Sardin Goreng Bercili Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan. Confirm makan nasi bertambah-tambah!

Kategori: ,

Rata-rata dari kita sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk menjaga kesihatan diri. Kadang-kadang tu sampai lupa nak makan. Mereka memandang enteng tentang keperluan makanan yang dapat menjamin kesihatan dan tumbesaran yang sihat dalam diri sendiri dan anak-anak.

Bukan itu sahaja, kini orang ramai lebih gemar makan instant food kerana ianya lebih cepat dan mudah. Tahukah anda kita juga boleh memasak pelbagai menu yang ringkas, mudah dan sedap. Tak sampai 10 minit dah siap!

Antara salah satu menu ringkas tersebut ialah sardin goreng bercili. Korang wajib try menu ni! Confirm repeat berkali-kali.

Cara Penyedian Sardin Goreng Bercili Yang Sangat Mudah Dan Lazat

Bahan

  • 1 tin sardin
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 5 biji cili api *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 4 biji bawang kecil *
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 4 memanjang)
  • 6 biji tomato ceri (dibelah 2)
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu lada hitam *
  • Garam dan serbuk perasa (serbuk pati ikan bilis knor)

Cara Masak Sardin Goreng Bercili

  1. Asingkan ikan dan sos.
  2. Goreng ikan sardin (tutup kuali semasa menggoreng supaya minyak tidak merecik).
  3. Angkat ikan apabila ikan dah garing.
  4. Tumbuk dan tumis bahan (*).
  5. Masukkan sos ikan sardin dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Masukkan semua bahan hiris.
  7. Akhis sekali masukkan ikan.
  8. Perah asam limau dan siap untuk dihidang!

 

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi sardin goreng bercili yang sangat mudah untuk disediakan. Resepi ini kalau makan dengan nasi panas pergh memang sedap giler. Confirm makan nasi bertambah-tambah.

Kredit: Asmah Laili

Baca juga: Resepi Daging Burger Homemade Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan

tags: