Kenaikan harga barang menjadi isu yang merunsingkan ramai orang akhir-akhir ini. Antara barangan keperluan yang dikatakan bakal meningkat harganya adalah ayam segar dan tepung gandum.
Selain itu, barangan lain turut didapati mengalami kenaikan harga termasuk sardin dalam tin. Di laman sosial, ada juga sesetengah netizen yang berkongsikan harga semasa sardin dalam tin yang boleh mencecah RM 10 setiap satu!
Sebagai alternatif kepada sardin dalam tin yang semakin mahal sejak-sejak ini, apa kata anda cuba buat sendiri sardin homemade. Pastinya lebih sedap bila anda gunakan ramuan serta ikan yang segar. Duit pun boleh jimat. Jom kita lihat resepi menarik yang dikongsikan oleh Norlela Abdul Lahak di Group Facebook Masak Apa Hari Ni.
Tak sangka pula kita boleh hasilkan sendiri sardin homemade guna pressure cooker. Mirip betul dengan yang terjual di pasaran. Anda pasti terkejut dengan tekstur ikan sardin homemade yang persis macam yang dibeli macam di pasar raya. Isi ikan kekal cantik, tulangnya pula lembut serupa macam ikan sardin dalam tin.
Pastinya lebih menjimatkan dan jauh lebih segar berbanding yang didapati dalam tin. Jom cuba resepi sardin homemade guna pressure cooker ini!
Sumber : Norlela Abdul Lahak via Masak Apa Hari Ni