Jjangmyeun merupakan antara mi yang sangat popular di Korea. Malah dalam kebanyakan drama atau filem Korea pasti akan ada Jjangmyeon ini. Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia sendiri amat menyukai drama dan makanan daripada Korea ini.
Jadi semestinya ramai di antara anda yang teringin menyediakan masakan ala Korea ini. Jadi apa kata kali ini korang cuba buat Jjangmyeon dengan menggunakan mi segera Maggi. Sedap tau, memang sangat sesuai untuk tekak Melayu.
Resepi Jjangmyeun guna mi segera maggi
Bahan-bahan :
- 4-5 ekor udang, dibersihkan (4-5 shrimps, cleaned, deveined)
- 1 bungkus megi, nak guna mi dia je (1 megi)
- 2-3 inch lobak merah, dipotong dadu (2-3 inch carrot, diced)
- 2-3 inch lobak putih, dipotong dadu (2-3 inch radish, diced)
- 1-2 ulas bawang putih (1-2 cloves garlic)
- 2-3 tbs sos hoisin (2-3 tbs hoisin sauce)
- 1 tbs kicap pekat (1 tbs thick soy sauce)
- 1-2 tbs air tepung jagung (1-2 tbs corn starch watered down)
- 1-2 tbs kicap manis (1-2 tbs sweet soy sauce)
- Gula secukupnya (sugar to taste)
Cara Penyediaan :
- Tumis bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan kicap manis, lobak putih dan lobak merah, masak sekejap
- Masukkan hoisin sauce (biasa jual kat pasaraya dalam botol kaca), gula, dan air tepung jagung sikit nak bagi pekat
- Masukkan udang, dan angkat bila masak
- Rebus mi magi, perencah tak perlu
- Tuang kuah jjangmyeon ketas mi megi rebus tadi
Cara Makan :
- Gaul semua kuah sekata dengan mi
- Makan
Rasa :
- Masin main manis, sedap buat moreh ni
https://www.instagram.com/p/CN_wcGEJvxr/?utm_source=ig_web_copy_link
Selamat Mencuba!
Kredit : Syafkun
Baca juga : Buat Sendiri ‘Spicy Enoki’ Macam ASMR Mukbang Korea, Guna Bahan Ringkas Je