Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Simple Buat Mee Rebus Johor Yang Sedap Dan Menyelerakan

Cara Simple Buat Mee Rebus Johor Yang Sedap Dan Menyelerakan

Kategori:

Ini dia ada cara simple buat mee johor. Memang sedap dan menyelerakan. Mee Johor ini  bukan sahaja popular dan disukai dalam kalangan orang johor sahaja bahkan warga negeri lain juga turut menyukainya. Kepada yang belum pernah merasainya, korang wajib rasa.

Cara Simple Buat Mee Rebus Johor Yang Sedap Dan Menyelerakan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg mee kuning | dicelur
  • 1/2 kilo daging | dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek |direbus dan dikisar (keledek merah, tapi rasanya kalau guna keledek kuning lagi elok kerna lebih manis)
  • 1 senduk cili blend
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR

  • 3 ulas bawang putih,
  • 3 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cawan udang kering(lebihkan pon sedap)
  • 3batang serai

CARA PENYEDIAAN KUAH MEE REBUS :

  1. Panaskan minyak,tumis bahan diblend dan cili blend sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah kari daging dan tumis sampai pecah minyak kemudian boleh la masukkan keledek rebus yang telah diblend tadi .
  3. Masukkan sekali daging tetel dan masak sampai didih.
  4. Agak kuah masak kemudian boleh lah masukkan garam,sedikit perasa & gula ye pasti lan rasa kuah mestilah sedikit manis.
  5. Siap unuk dihidangkan.

BAHAN TABURAN

(Wajib ada untuk mee rebus johor)

  • Tepung udang kering
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan udang kering *
  • 1cwn tepung gandum*
  • 1/2cwn tepung beras*
  • ¼ camt serbuk kunyit*
  • 1biji telur*
  • Garam*
  • Air secukupnya*

Blend semua bahan bertanda *

CARA MENYEDIAKAN TEPUNG UDANG KERING

  1. Panas kan minyak, minyak harus lah banyak macam nak goreng rempeyek tu ye & cara menggoreng nye pon sama macam menggoreng rempeyek just lenserkan di tepi kuali dan goreng sampai garing kekuningan dan bole lah diangkat.

BAHAN HIASAN

  • Tahu yang digoreng | dipotong kecil
  • Daun sup | dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus | dibelah dua
  • Lada hijau | dipotong bulat
  • Taugeh | dicelur
  • Limau kasturi |dibelah

CARA MENGHIDANG MEE KUAH JOHOR

  1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  2. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
  3. Siap

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Fariza Awaludin

Baca juga:Resepi Biscoff Cheesecake Tanpa Bake Yang Sedap , Buat Sendiri Lebih Jimat

tags: