Siput sedut merupakan antara siput air tawar yang boleh dimakan. Yang segar banyak dijual di pasar-pasar pagi atau pasar tani. Seperti yang sedia maklum, kebiasaanya siput sedut ini di buat masak lemak. Rasanya memang sedap dan padu. Siapa yang pernah merasai pasti tahu bagaimana rasanya kan.
Teringin nak masak lauk tradisional Melayu ini? Jom kita sama-sama lihat resepi dan petua basuh siput sedut yang mudah yang dikongsikan oleh Anne’s Razi ini.
Basuh siput sedut menggunakan serbuk kunyit sahaja. Mudah sangat, keluarkan siput yang berselut. Letak dalam besen. Masukkan air paip agak-agak je. Campurkan serbuk kunyit dua tiga sudu, gaul rata dan biarkan dalam 15-20 minit.
Selepas itu bolehlah potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung. Nak guna playar pun boleh. Dah potong semua bontot, boleh bilas siput sedut macam biasa sampai warna pada kulit siput sedut bersih dan cerah, takde serpihan kita potong tadi. Mudah kan? Kemudian bolehlah start memasak.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Mudah sahaja kan nak buat Siput Sedut Masak Lemak ni? Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba buat sekarang. Memang berselera makan, berpinggan-pinggan. Lebih-lebih lagi kalau dah lama tak makan lauk macam ni. Memang menyelerakan sungguh!
Kredit: Anne’s Razi
Baca juga: Cara Paling Ringkas Cuci Siput Sedut Yang Penuh Dengan Lumpur, Cepat Sangat Dah Bersih!