Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Som Som Sagu Yang Lemak Berkrim. Memang Sedap!

Resepi Som Som Sagu Yang Lemak Berkrim. Memang Sedap!

Kategori: ,

Ini dia resepi som-som sagu yang lemak berkrim dan pasti memang sedap. Makan bila minum petang bersama air teh. Memang terbaik lah.

BAHAN SAGU:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai pandan
  • sedikit pewarna hijau

 CARA PENYEDIAAN :

  1. Masak air bersama pandan hingga mendidih atau masukkan pewarna hijau
  2. Keluarkan pandan
  3. Masukkan sagu
  4. Kacau hingga pekat atau masa ni sagu masih bermata ikan
  5. Tuang sagu ke dalam bekas kecil
  6. Kukus selama 15min sehingga sagu jernih
  7. Sejukkan

*Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air. kalau tak nak lembik sangat boleh kukus.

BAHAN KANJI SOM-SOM:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan
  2. Masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
  3. Sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
  4. Tuang adunan ke atas sagu
  5. Sejukkan

BAHAN AIR GULA :

  • 1 1/2 cawan air
  • 4 keping gula kerek atau melaka | boleh guna gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai pandan | disimpul

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan semua bahan
  2. Masak api sederhana hingga mendidih
  3. Tapis dan sejukkan
  4. Siap

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Mas Cotek

tags: