Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sendiri Sos Cheese Baru Puas Hati, Dah Tak Payah Beli Serbuk Cheese Lagi

Jom Buat Sendiri Sos Cheese Baru Puas Hati, Dah Tak Payah Beli Serbuk Cheese Lagi

Kategori:
resepi sos cheese

Mesti ada di antara anda semua yang terlalu suka kan sos cheese kan? Kalau beli yang serbuk tu sekejap je habis. Jadi apa kata kali ini buat sendiri je sos cheese. Senang je dan lagi puas hati. Lagi pun kebersihannya juga terjamin sebab kita yang buat sendiri kan. Cara buat sos cheese ni ada kat bawah. Anda boleh rujuk kat bawah ni ye.

BAHAN-BAHAN:

  • Butter 1/2 ketol
  • Susu cair 1/2 tin
  • Tepung gandum 1 sudu besar, bancuh dengan  air
  • Cheese 4 keping
  • 1 sudu kecik serbuk lada hitam
  • Pewarna kuning
  • 1 ketol Kuib ayam
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cairkan butter kemudian masukkan susu cair.
  2. Gaulkan tepung hingga rata dan masukkan cheese.
  3. Kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam, kuib ayam, garam dan pewarna.
  4. Kacau sebati. Kalau rasa pekat, boleh tambah air.
  5. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: NizSa Mi

 

tags: |