Sos karamel sering dijadikan sebagai topping untuk brownies, aiskrim, topping minuman, sos popcorn dan pelbagai juadah lain. Jika sebelum ini anda sering membeli sos karamel yang sedia ada di kedai, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri di rumah.
Kalau buat sendiri baru puas hati, boleh dapat berbotol-botol. Kalau beli, boleh tahan mahal juga. Ikuti perkongsian cara membuat sos caramel oleh Kedai CoKelat BerKelip di bawah.
Resepi Sos Karamel Mudah Yang Amat! Ikut Cara Ini Kalau Selalu ‘Failed’ Setiap Kali Buat
Bahan-bahan:
Ratio/Nisbah gula : heavy cream = 1:1
Cara-cara:
- Panas kan Kuali atau pan, masukkan gula halus. Guna kan api kecil.
- Kacau sampai gula mula cair dan nampak mula brownish.
- Ada sikit sikit ketul gula tidak mengapa.
- Tutup api, terus masukkan cream. Masukkan sikit-sikit cream sambil kacau. Bahagian ni agak mencabar sebab gula akan start gelegak. Hati hati ya.
- Akhir sekali masukkan butter dan garam.
- Sejuk kan pastu boleh simpan dalam peti. Tahan lama.
- Boleh buat topping kek, topping air, sos popcorn dan mengikut kreativiti kalian.
- Selamat mencuba.