Sos perapan merupakan satu benda yang sangat penting dalam menghasilkan lamb, ayam atau sosej atau apa sahaja yang kita ingin perap tu sedap. Kalau sos yang dibuat menjadi, memang power la rasa makanan tu. Nak sediakan sos perap yang sedap mudah je sebenarnya. Guna 3 bahan sahaja. Tapi kita boleh dapatkan rasa yang luar biasa. Nak tahu cara buat sos yang sedap tu? Jom tengok resepi kat bawah ini.
Resepi Sos Perap Yang Mudah, Guna 3 Bahan Je Tapi Rasa Dia Power Sangat! Kalau Perap Lamb Memang Terbaik!
BAHAN-BAHAN:
- Serbuk cili
- Sos blackpepper(paket)
- Madu
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan sahaja 3 bahan diatas. Sukatan dia boleh agak-agak je.
- Cuma sos blackpepper kena lebih. Habiskan 1 paket pun takpa. Jika nak pedas lebihkan serbuk cili.
- Then gaulkan lamb slice, atau potongan ayam kalau nak buat ayam.
- Rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah. Adjust rasa ikut tekak memasing. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.
- Perap 5,6 jam baru bakar. Ni perap tengahari, malam baru bakar. Baru dia ummphh gitu.
- Masa bakar ni pakai kuali lebar je. Letak minyak supaya isi tak kering. Then boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap.
Itu sahaja cara nak buat sos perap. Mudah je kan? Kalau buat sendiri lebih sedap dan boleh makan sepuasnya.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Saleha Maarof