Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Vietnam Roll Sebijik Sama Macam Di Vietnam, Baru Puas Hati!

Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Vietnam Roll Sebijik Sama Macam Di Vietnam, Baru Puas Hati!

Kategori:
Vietnam Roll

Sedapnya Vietnam Roll ni, siapa yang tak suka sayur confirm akan jadi suka. Kenikmatan Vietnam Roll ini juga terletak pada sosnya. Seorang wanita berkongsikan resepi sos Vietnam Roll sebiji sama macam pernah dimakan di Vietnam. Menurutnya, dia belum pernah jumpa penjual di Malaysia yang jual sama seperti di Vietnam. Nak tahu bagaimana caranya? Ikut resepi di bawah.

Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Vietnam Roll Sebijik Sama Macam Di Vietnam, Baru Puas Hati!

Bahan-bahan:

  • Kulit popia beras
  • Udang di buang kulit & direbus
  • Soonhoon di rebus (ada orang letak beehoon)
  • Salad
  • Timun di potong lebar & nipis
  • Daun Pasli
  • Daun Selasih
  • Daun Kucai

Cara-cara:

  1. Ambil kulit popia beras dan celur ke dalam air yang suam. Jangan guna air panas dikhuatiri cepat lencun dan mudah terkoyak semasa hendak menggulung. Dan jangan pula terlalu keras rice papernya. celup ke dalam air suam biasa sahaja.
  2. Susun dahulu salad, soohoon, timun, kemudian letak udang/isi ketam, daun kucai seperti dalam gambar.
  3. Letakkan juga daun selasih dan daun pasli tu sis letak 3-4 helai untuk setiap popia. kalu banyak takut rasa terlalu kuat.
  4. Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
  5. Di Vietnam bentuk Vietnam Roll mereka sama seperti ini, daun kucainya memang terkeluar macam dalam gambar ni.

Bahan sos:

  • Cili hidup merah
  • Cili api (jika nak pedas, letak lebih)
  • Bawang putih
  • Cuka dan jus limau nipis
  • Garam pink
  • Sos ikan
  • Garam gula secukup rasa
  • Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang putih bersama air. Masak atas dapur dan tambah air lagi mengikut kuantiti sos yang diingini. Masukkan bahan-bahan lain.
  2. Masak sampai mendidih.
  3. Kemudian baru letakkan campuran sedikit air dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  4. Biarkan mendidih seketika. Siap!

Kredit: Loola Tamarah

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Vietnam Yang Mudah

tags: |