Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Bakar Bersambal, Paling Senang Tapi Paling Sedap!

Resepi Sotong Bakar Bersambal, Paling Senang Tapi Paling Sedap!

Kategori: ,,
sotong bakar bersambal

Kebiasaannya, kalau kita berkunjung ke kedai makan yang menghidangkan makanan Thailand, pasti tidak terkecuali menu sotong bakar bersambal di kedainya. Ini kerana, ia adalah menu dan resepi yang terkenal di negara jiran sana.

Rasa sotong bakar yang dipanggang dengan betul dan dicicah pula dengan sambal yang pedas serta masam rasanya memang boleh kecur air liur. Baca menu sotong bakar bersambal pun dah kecur air liur kan jika terbayang?

Jadi, untuk sesi perkongsian resepi kali ini, kami ingin kongsikan resepi sotong bakar bersambal. Tak perlu ke Thailand atau kedai Tom Yam kalau tak sempat. Boleh buat sendiri di rumah!

Resepi Sotong Bakar Bersambal, Paling Senang Tapi Paling Sedap!

sotong bakar bersambal

Bahan-Bahan:

  • sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1  batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus).
  2. Kisar semua bahan (lada, bawang, buah keras dan serai).
  3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  4. Perasakan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan minyak masak.
  6. Ratakan sambal ke atas pemanggang. Letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  7. Masaklah lebih kurang 5-6 minit untuk keringkan air.
  8. Buka tutup pemangganng dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak.
  9. Tips: Janngan terlalu lama memanggang untuk mengelakkan sotong menjadi liat.

sotong bakar bersambal sotong bakar bersambal

Jadi, dah siap sotong bakar bersambal kita! Senang dan cepat kan? Rasanya juga mantap. Kalau lauk ni dengan nasi putih panas-panas pun dah boleh jalan. Tengok gambar pun dah terliur. Jangan lupa try okay?

Selamat mencuba dan menikmati kesedapannya!

Sumber: Dzanariah

Baca juga: “Dah Try Banyak Resepi Pankek McDonald’s, Tapi Ini Yang Paling Menjadi!”

tags: | |