Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas, Rasa Memang Padu & Tak Muak

Cara Masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas, Rasa Memang Padu & Tak Muak

Kategori:
Spaghetti Bolognese Versi Pedas

Sebelum ni kalau buat spaghetti bolognese, rasanya tidak pedas mana. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Namun, jika anda sekeluarga ‘penggemar’ makanan pedas. Boleh cuba buat spaghetti bolognese versi pedas pula. Rasanya memang padu dan tidak muak, dijamin akan jatuh cinta. Jom cuba!

Jom Cuba Masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas, Rasa Memang Padu & Tak Muak

Bahan-bahan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili Padi
  • Daging Kisar
  • 1 botol sos Kimball Spaghetti
  • Sos Cili
  • Lada Hitam
  • Fishball
  • Air rebusan pasta
  • Meatball Parmesan Cheese ( Tabur time nak makan )

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih.
  2. Masukkan cili padi.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul rata sehingga daging masak.
  4. Masukkan lada hitam secukupnya.
  5. Seterusnya masukkan sos kimball spaghetti dan sos cili.
  6. Masukkan fishball, gaul rata. Siap!
  7. Letakkan spaghetti dalam pinggan, tuangkan sos tadi.
  8. Selamat mencuba!

Lihat video:

https://twitter.com/Ashril_92/status/1350786112617267200

Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92

Baca juga: Tak Perlu Beli Sos Segera Dah, Buat Sendiri Je Sos Carbonara. Sekali Buat Dapat Sekuali!

tags: |