Sup Ketam Nipah merupakan antara menu yang sangat sesuai dimakan oleh orang yang menghidap demam denggi. Malah orang yang sihat walafiat pun boleh je makan ketam nipah ini. Rasanya lebih sedap tau dari ketam biasa atau ketam bunga. Manis dia tu manis semulajadi. Kalau dibuat sup memang lagi sedap.
Nak tahu cara mudah buat Sup Ketam Nipah yang mudah? Jom kita ikuti perkongsian dari SuiSan Aliezsha di bawah ini.
Resepi Sup Ketam Nipah Yang Mudah Serta Sedap!
Bahan-bahan:
- Ketam nipah | bersih dan toskan
- Halia | diracik
- Bawang putih | diracik
- Bawang merah | diracik
- Penumis dan rakan-rakannya
- Jus lemon thai
- 1 ketul kiub pati ayam
- Perencah sup
- 1 sb perencah kurma
- Tomato
- Daun sup
- Cili api
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumis bawang-bawang serta bahan penupis.
- Kemudian masukkan perencag sup adabi.
- Masukkan sedikit air bagi sebati. Goreng sampai naik minyak kemudian masukkan air.
- Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam, jus lemon, cili api. Pastikan garam dan masam-masam pedas terasa.
- Akhir sekali, masukkan ketam. Hanya beberapa minit sahaja, tak perlu lama-lama. Nanti isinya keras.
- Kemudian masukkan daun sup dan tomato.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak sediakan Sup Ketam Nipah ini. Campak-campak je terus siap sup kita. Kalau demam, hirup kuah sup yang panas-panas pasti melegakan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: SuiSan Aliezsha Via MAHN
Baca juga: Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Kaw Dan Menyelerakan, Tak Berbau Dan Tak Muak!