Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Suka Makan Sup Tauhu Telur, Tapi Tak Tahu Cara Masak? Ikut Resepi Ini ‘Confirm’ Menjadi!

Suka Makan Sup Tauhu Telur, Tapi Tak Tahu Cara Masak? Ikut Resepi Ini ‘Confirm’ Menjadi!

Kategori:
Sup Tauhu Telur

Sedapnya, dah lama tak makan sup tauhu telur ni. Rupanya tak susah mana pun cara-cara membuatnya. Kalau anda nak cuba masak sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi oleh Aishah Ismail di bawah. Selamat mencuba!

Suka Makan Sup Tauhu Telur, Tapi Tak Tahu Cara Masak? Ikut Resepi Ini ‘Confirm’ Menjadi!

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur
  • Telur
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Isi ayam/udang
  • Black pepper
  • Sos cili, sos tiram
  • Pati ayam knos
  • Garam
  • Daun sup & daun bawang (hiasan)

Cara-cara:

  1. Potong tauhu seperti dalam gambar. Celupkan di dalam telur dan goreng di dalam minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan isi ayam atau udang. Kemudian masukkan black pepper, sos cili dan sos tiram. Masukkan juga air dan pati ayam knos.
  3. Kemudian masukkan karot dan bunga kobis. Reneh seketika sehingga empuk.
  4. Bila sayur dah empuk, masukkan cendawan inoki.
  5. Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang sudah siap digoreng tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Taburkan juga daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Aishah Ismail

 

Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

tags: