Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sup Tepung Yang Lembut & Sedap, Sesuai Untuk Mereka Yang Tidak Selera Makan

Resepi Sup Tepung Yang Lembut & Sedap, Sesuai Untuk Mereka Yang Tidak Selera Makan

Kategori:
Sup Tepung

Pasti ramai yang tidak pernah mendengar menu sup tepung ini kan? Rasanya sangat lembut, sedap dan sangat ringan bila dimakan. Amat sesuai buat orang yang kurang sihat dan tiada selera makan.

Nak tahu bagaimana rasanya? Jom ikuti resepi perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.

Resepi Sup Tepung Yang Lembut & Sedap, Sesuai Untuk Mereka Yang Tidak Selera Makan

Sup tepung bersama kicap lada.

Sangat ringan rasa nya. Tambahan daun bawang, ayam cincang, bawang goreng.

Cara-caranya:

1. Untuk tepung:

  • Tepung gandum (tiada sukatan)
  • Garam secubit
  • Minyak masak sesudu
  • Air (tiada sukatan)

2. Gaulkan sehingga menjadi doh.

3. Selepas 10 minit, bahagikan pada empat.

4. Uli nipis.

5. Potong mengikut saiz kesukaan.

6. Sementara itu, untuk sup saya rebuskan isi daging ayam bersama kuib pati ayam dan minyak bawang putih.

7. Setelah direbus, asingkan isi ayam untuk dicincang.

8. Kemudian, isi tepung tadi. Pastikan tepung ditarik sebelum masuk ke dalam sup. Tepung direbus bersama ayam cincang tadi.

9. Masukkan sedikit bancuhan tepung gandum atau yg lain, tepung jagung. Salah satu.

10. Siap sup tepung @ pan mee. Tempoh untuk rebus, 8-10 minit.

11. Jemput makan. Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli

 

Baca juga: Sedapnya Sup Telur Chinese Style. Resepi Simple, Jimat & Sedap

tags: