Anda biasa ke jumpa tart milo kastard buahan macam ni? Dah lah cantik sedap pula tu. Kalau buat confirm cepat je habis. Asalnya ia hanyalah tart kastard. Di mana tart kastard ini secara meluas di nikmati di New Zealand dan Australia. Bukan itu sahaja, malah di Malaysia sendiri tart ini sangat popular sehinggakan ada yang mengolah tart kastard menjadi tart milo kastard buahan. Memang super duper sedap!
Wow Sedap Ni! Ini Dia Resepi ‘Tart Milo Kastard Buahan’ Yang Super Duper Sedap, Terbaik Sangat
BAHAN-BAHAN
Bahan Kulit Tart:
- 180 gm tepung gandum
- 20 gm @MILO
- 20 gm serbuk koko
- 20 gm susu tepung @NESPRAY
- 40 gm @NESTUM, kisar halus
- 20 gm serbuk almond
- 170 gm mentega sejuk, potong kecil
- 2 sudu makan gula aising
- 2 sudu makan air ais
Buahan pilihan:
- Kiwi
- Strawberry
- Rasberi
- Limau Mandarin
- Blueberi
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan tepung, serbuk koko, Nestum, Milo, Nespray dan serbuk almond.
- Masuk mentega, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masuk gula aising dan gaul sebati.
- Masuk air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan 30 minit dalam peti sejuk.
- Canai doh sederhana nipis.
- Masukkan ke dalam acuan tart yang di sapu mentega.
- Tekan doh ke dalam acuan dengan kemas supaya melekat dengan sempurna.
- Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dengan garpu.
- Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit.
- Angkat dan sejukkan sebelum di isi filling.
Filing Kastard:
- 400 ml susu @NESTLE JUST MILK
- 100 gm gula kaster
- 60 gm tepung kastard
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu besar mentega
Cara Penyediaan Filling Kastard:
- Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
- Masak di atas api sederhana hingga kental.
- Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
- Masuk ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan kastard bahagian atas mengeras.
- Simpan di dalam peti sejuk.
- Masukkan ke dalam piping bag.
- Picit ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kak Wan