Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Resepi Taufu Fa Mudah & Anti Gagal, Guna 3 Bahan Sahaja

Resepi Taufu Fa Mudah & Anti Gagal, Guna 3 Bahan Sahaja

Kategori:
Resepi Taufu Fa

Mesti ramai yang anggap susah nak buat taufu fa macam orang jual kat kedai kan? Tapi sebenarnya ia sangat mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja memang sebiji macam pasar malam punya. Jom cuba buat menggunakan resepi Taufu Fa perkongsian oleh Nieza Nor Hamnira

Siapa dah buat taufufa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal cam puding atau agar2 je?

Mari nak share sebijik cam pasar malam punya, lembut, menyelerakan gitu, laju menuruni tekak dan menyamankan.

3 bahan juga. Sama je. Cuma ada perkara yang anda dah missed masa tengok resepi yang berlegar tu.

Bahan-bahan:

  • 2 kotak susu soya yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
  • Agar-agar tali 8 gram SAHAJA (**kat sini yang selalu salah sebab beli sepeket, tapi ada yang berat dia 10 gram, ada yang 20gram – uols hentam terus masuk sepeket ikut resepi tu.. patutlah berdentum..hehe)
  • Air 1 cawan + daun pandan simpul kalau ada

Cara-cara:

  1. Masak atas dapur sehinggalah semuanya cair dan dah tak nampak tali agar2 tu lagi.
  2. Pastu, tuang je air soya kotak tu 2 kotak. Ya 2 kotak besar tu.
  3. Biar didih. Pastu tapiskan masuk dalam bekas besar (sebab nanti nak cedok depan mata ala-ala pasar malam tu ke dalam bekas yang kecil).
  4. Tunggu 3 jam dan ke atas. Masukkan peti ais boleh, tak masukkan pun boleh. Saya tak masukkan, biar je kat suhu bilik.
  5. Sementara tu buat air gula merah atau gula putih. Simple je resepi dia, 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur. Agak2 dah mendidih, ketepikan. Kalau air gula merah, mungkin kena tapis dulu.
  6. Serve selepas taufufa dah stabil.
  7. Cedokkan depan mata anak-anak, dia punya wow, tak berhenti tu! Gituuu… selamat mencuba!

Kredit: Nieza Nor Hamnira

Selamat mencuba!

tags: