Tauhu berlauk merupakan antara makanan yang sangat popular pada masa kini. Rasanya yang tersangat sedap membuatkan sesiapa sahaja tak boleh berhenti makan. Nak menyediakan tauhu berlauk ini tidaklah sukar. Namun memerlukan sedikit kesabaran.
Jadi bagi anda yang ingin mencuba membuatnya, bolehlah merujuk resepi kat bawah ini. Sangat sedap dan mudah. Tak menyesal punya!
Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah
Bahan-bahan :
- 4 ketul tauhu telur
- 3 ketul tauhu petak 3 biji telur
- Isi ayam
- Bawang holland
- Carrot
- Daun sup
- Kiub pati ayam
Bahan kisar :
- Tauhu telur
- Tauhu perak
- Telur
- Isi ayam
Cara Penyediaan :
- Kisar sehingga sebati dan hancur.
- Carrot disagat, bawang holland dicincang halus, daun sup diracik halus. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam bahan yang dikisar tadi.
- Masukkan garam, serbuk lada sulah dan masukkan juga serbuk lada hitam kalau ada.
- Masukkan 1 ketul kiub pati ayam.
- Kacau dan kukuskan selama 15 hingga 20 minit.
- Apabila dah siap kukus, tunggu sekejap dan goreng sehingga kekuningan.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit : Asmida Nor Via MAHN
Baca juga : Resepi Sambal Tauhu & Tempe Goreng Sayur, Baunya Pun Dah Cukup Buat Mak Mertua Terliur. Sedap Sungguh!