Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Tauhu Bulat

Indonesian Cuisine: Resepi Tauhu Bulat

Kategori: ,,
Resepi Tauhu Bulat. 

Hari ini kami akan kongsikan dengan anda semua Resepi Tauhu Bulat. Resepi ini sangat mudah dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Tauhu merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya dan berasal dari China. Oleh sebab itu kebanyakannya, restoran Cina yang menggunakan tauhu dalam masakan melebihi bangsa lain. Tetapi terdapat juga orang Melayu yang suka makan tauhu kerana keenakan dan kelembutan tauhu itu sendiri.

Resepi ini berasal dari Indonesia. Kebiasaannya dikedai hanya menjual tauhu sumbat yang diisikan dengan kacang taugeh atau kacang cambah dan sedikit sayuran lain. Tetapi kali ini kami akan bawakan sedikit kelainan dalam cara memasak tauhu bagi anda semua. Tauhu bulat ini sesuai untuk dijadikan judaha minum petang atau dimakan bersama nasi.

 

Berikut merupakan resepi untuk membuat tauhu bulat yang lazat:

Bahan-bahannya adalah:

  • 10 buah tauhu putih halus
  • 1 sdt baking powder
  • Penyedap rasa
  • 2 butir telur(kuning sahaja)

 

Cara-cara Memasak:

  1. Pertama, haluskan semua tauhu yang sudah dibasuh terlebih dahulu dan ditoskan. Masukkan tauhu yang sudah halus kedalam bekas adunan.
  2. Kemudian masukkan penyedap rasa kedalam bekas adunan yang berisi tauhu yang sudah halus.
  3. Masukkan sekali kuning telur 2 biji dan baking powder. Adukkan sehingga adunan sebati dan menjadi lembut.
  4. Kemudian ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat kecil-kecil menggunakan tapak tangan. Bentukkan juga boleh dibuat mengikut citarasa masing-masing.
  5. Apabila sudah siap dan adunan sudah habis, gorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Gorengkan selama 10 – 15 minit atau sehingga menjadi warna kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan minyak.
  7. Siap untuk dihidangkan. Sesuai dihidangkan bersama sos cili.

 

Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton Video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |