Bila tiba ramadhan antara air yang sering menjadi sambutan ramai dan sering laris di bazar ramadhan adalah teh ais cincau. Tetapi nak cari yang betul-betul sedap dengan rasa lemaknya yang mencukupi, sedikit susah. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri.
BAHAN-BAHAN :
- Teh serbuk
- Susu full cream
- Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
- Cincau
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
- Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
- Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
- Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
- Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
- Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Malaysia Viral Recipe
Baca juga : Resepi Mudah Kuih Bakar Tradisi Turun Temurun Yang Sedap
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“