Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pelik Tapi Sedap Dan Menyihatkan! Ini Dia Resepi ‘Telur Dadar’ Turun Temurun Keluarga Che Ta

Pelik Tapi Sedap Dan Menyihatkan! Ini Dia Resepi ‘Telur Dadar’ Turun Temurun Keluarga Che Ta

Kategori:
resepi telur dadar che ta

Menurut seorang wanita yang dikenali dengan nama Syu Azis. Resepi yang lain daripada lain ini diambil daripada artis tempatan iaitu Che Ta. Beliau ada terbaca dekat Nona online kebaikan telur dadar ini adalah dapat membuang angin.

Resepi telur dadar ini adalah resepi turun temurun yang masih di amalkan sehingga kini oleh Che Ta dan anak-anak. Menurut wanita ini, dia sendiri yang mencubanya dan ternyata memang menjadi. Sendawa tak habis-habis. Jadi bagi sesiapa yang nak makan menu biasa tetapi nak kekal sihat, boleh lah cuba telur dadar ni.

Ini Dia Resepi ‘Telur Dadar’ Che Ta, Resepi Turun Temurun Keluarga Yang Menyihatkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
  • Setengah biji halia
  • Tiga ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumbuk bahan bahan kering di atas (halia, bawang putih & lada hitam) sehingga lumat. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
  2. Gorengkan tanpa minyak, tapi saya derhaka sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu je.

Nota:

  • Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resepi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
  • Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
  • Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.

Mudah sahaja kan nak buat Telur Dadar turun temurun keluarga Che Ta ini? Bukan sahaja mudah malah sangat sedap, menyelarakan dan menyihatkan juga. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba masak sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Syu Azis

Baca juga: Viral! Resepi Telur Goreng Cripsy, Mudah & Sangat Sedap. Rasa Macam Kulit Ayam!

tags: |