Telur merupakan antara hidangan yang sangat mudah untuk disediakan. Walaupun ia merupakan lauk yang biasa namun seringkali ia menjadi penyelamat kita. Terdapat pelbagai jenis hidangan yang berasaskan telur ini sebenarnya. Ada telur goreng mata dan ada juga telur asam. Kedua-dua hidangan ini memang sangat enak apabila dikenakan bersama-sama dengan nasi putih.
Nak lebih sedap dan padu lagi? Mungkin anda boleh cuba Telur Goreng Syahdu yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Katanya, apabila pulang ke kampung pasti satu rumah yang mengidam telur goreng ini. Sekali goreng tak cukup, kena goreng dua kali. Macam betul-betul sedap ni kan? Jadi jom kita ikuti perkongsian resepinya di bawah ini.
* Bahan bertanda (*) dihiris nipis
Mudah sangat kan nak buat Telur Goreng Syahdu ini? Walaupun sangat ringkas namun percayalah hidangan ini mampu menaikkan selera anda. Kalau malas nak sediakan banyak lauk, mungkin boleh cuba resepi yang mudah dan padu ini.
Selamat mencuba!
Kredit: Afy AL Habibi
Baca juga: Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan