Telur hancur tomato ini merupakan masakan daripada Cina. Kalau anda perasan, kebiasaannya masakan Cina kurang menggunakan bawang. Tidak seperti masakan Malaysia dan India yang mana banyak menggunakan bawang dalam masakan.
Walaupun begitu, rasa masakan Cina sangatlah sedap dan berkhasiat. Seperti telur hancur tomato ini. Walaupun kelihatan agak ringkas rasa dia memang terbaik. Kalau dapat lauk ni confirm tak pandang lauk lain dah. Bukan hanya anak-anak kecil yang menyukainya, orang dewasa pun turut menyukai telur hancur tomato ini.
Mudah sahaja kan nak buat Telur Hancur Tomato ini? Anak-anak makan confirm menjilat jari semua. Hari-hari ni kena buat sebab anak tak puas makan. Jadi tunggu apa lagi tu, nak cuba tak ni? Kalau nak cuba jom cuba sekarang!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zurina Zukefli Via MAHN