Telur ikan adalah salah satu bahagian ikan yang ramai gemari. Tapi ramai juga yang tidak suka telur ikan kerana mereka anggap benda itu geli dan hanyir. Para penggemar telur ikan, biasanya mereka hanya goreng kunyit sahaja kerana tidak tahu masak bagaimana.
Ini adalah resepi Telur Ikan Masak Kari yang jarang sekali anda dengar.
Buat Penggemar Telur Ikan, Anda Tidak Tahu Nak Masak Apa Untuk Lauk Itu? Ini Adalah Resepi Telur Ikan Masak Kari Untuk Anda
Resepi Telur Ikan Masak Kari ini dikongsikan oleh Sawanila.com di website beliau. Unik perkongsian resepi kali ini kerana jarang sekali untuk orang lain berkongsi berkaitan telur ikan.
Bahan-Bahan:
- Telur Ikan dari 1 ekor ikan merah
- 1 camca cili kisar
- 3 camca besar rempah kari ikan
- 6 biji bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 2 pelepah daun kari (dilurut)
- 1 camca teh halba campur
- 1/2 cawan jus asam jawa
- 1/2 cawan santan pekat
- Air secukupya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaannya:
- Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili kisar, kalau pekat tambah air
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari dan halba campur dan kacau hingga naik bau
- Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan pecah minyak
- Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan telur ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
- Nampak telur dah masak, masukkan santan pekat, kacau secara perlahan dan biar masak sekejap.
- Barulah masukkan bendi, rasakan garam dan gula dan bolehlah tutup api.
- Biarkan bendi masak sendiri dengan kuah panas baru sedap.
Tengok gambar sahaja, boleh kecur air liur kerana sedapnya tak terhingga. Bolehlah anda mencuba di rumah untuk para penggemar telur ikan. Resepi Telur Ikan Masak Kari ini sangat sesuai untuk anda.
Selamat Mencuba!
Kredit: Sawanila.com
Baca Juga: Nak Masak Telur Ikan Mayong Tapi Tak Tahu Cara? Jom Ikuti Tips & Cara Mudah Ini!