Seorang wanita yang dikenali dengan nama Cattyjah Sunny ini berkongsi resepi yang sangat simple iaitu telur masak tomato. Resepi ini tak perlu pakai apa-apa bawang pun. Menurut Cattyjah Sunny idea menu ini timbul apabila selalu tengok program cina (Dad Where Are We Going). Dekat program tersebut ada tunjuk masakan menu telur tomato ini. Kemudian beliau cuba sendiri dan ternyata ianya sangat sedap dan sangat digemari oleh anak-anaknya. Setiap kali makan mesti menambah-nambah nasi. Jom kita ikuti resepi yang dikongsi oleh beliau.
“Anak Suka Makan, Siap Bertambah Nasi Lagi” Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Telur Masak Tomato’ Yang Di Sukai Anaknya, Resepi Asal Dari China!
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur | pukul macam buat telur dadar
- 1 biji tomato | besar
- Sos tomato | Kalau nak pedas boleh tukar sos cili
- Sedikit air | Kalau nak berkuah
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Kemudian masukkan telur dan terus kacau (jangan masak sepenuhnya) angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak.
- Kemudian masukkan tomato(lenyekkan guna sudip, jangan hancur sangat).
- Masukkan sedikit air untuk lembutkan tomato.
- Kemudian masukkan sos tomato, sedikit gula (biar tak masam sangat) dan sedikit garam.
- Akhir sekali masukkan telur tadi.
- Biarkan seketika dan tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Cattyjah Sunny Via MAHN