Telur pindang merupakan telur yang direbus dalam air herba. Telur ini memang sangat popular di negeri Selatan terutamanya di Johor. Sekiranya terdapat kenduri kendara pastinya telur ini akan dimasak atau disediakan oleh tuan rumah atau pun yang lain.
Kebiasaanya telur ini akan disediakan dalam kuantiti yang banyak terus. Memandangkan cara atau kaedah yang digunakan sedikit sukar dan banyak bahan yang diperlukan. Jadi kalau anda teringin nak makan boleh je buat sendiri dekat rumah. Resepi yang dikongsikan ini adalah untuk 30 biji telur.
Resepi Telur Pindang
Bahan – bahan :
- 1 cekak daun salam
- 1 cekak Daun jambu batu
- 1 cekak Daun senduduk (berbunga ungu)
- 1 cekak Daun manggis
- 1 cekak daun mengkudu
- 5 tangkai daun serai wangi
- 1 cekak daun bebuas
- 6 btng serai.. lebih lg baik
- Sebuku lengkuas
- 2 sudu besar Jintan kasar
- 2 sudu besar Jintan halus
- 2 sudu besar Ketumbar
- Garam kasar sepeket kecil
- Telur 30 biji
- Air
Cara Penyediaan :
- Telur dan segala jenis daun dibasuh bersih supaya telur yang pecah dalam periuk pun boleh dinikmati sambil tersenyum.
- Susun telur berselang seli dengan segala adunan dedaun dan rempah. Masukkan air melebihi paras telur sampai telur tenggelam.
- Direneh semua sekali selama 3 HARI 3 MALAM. Ya 3 hari bukan 3 jam.
- Nanti hari ke 4 baru kita keluarkan daripada periuk. Kalau nak lebih rasa rempah boleh masak lebih dr 3 hari.
- Masak dalam api kecil. Pastikan cukup gas untuk memasaknya.
Selamat mencuba!
Kredit : Telur pindang tradisi Johor Via MAHN
Baca juga : Rindunya Nak Makan ‘Telur Pindang’ Ni, Tak Ramai Yang Pandai Buat. Jadi Jom Kita Cuba Buat, Ini Caranya