Telur pindang merupakan telur yang direbus dengan beberapa jenis herba selama beberapa hari. Ia sering di dapati di Johor dan negeri selatan Malaysia yang lain. Kebiasaannya ia disediakan di majlis perkhawinan. Telur pindang ini berasal daripada negeri China dan merupakan makanan tradisi China. Ianya sangat sedap, tapi nak di dapati sewaktu bukan musim perkhawinan agak susah. Jadi kalau anda rajin, boleh buat sendiri. Mudah sahaja cuma masa yang di ambil itu agak lama.
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur / d basuh bersih2
- 1sdb ketumbar
- 1sdb jintan manis
- 1sdb jintan putih
- Rempah 4 beradik
- 2 btl kicap yg kecil/kicap manis
- 1cekak daun manggis @ kulit manggis
- 1cekak daun mengkudu
- 1 cekak daun jambu batu
- 1 cekak daun senduduk
- 1 cekak daun serai wangi
- 5 tangkai daun kari
- 6 btng serai
- 10 biji bawang merah belah 4 jngn buang kulit nya
- Sedikit lengkuas dihiris
- 5 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Air secukup nya
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan daun-daun dan bahan-bahan lain berselang seli dengan telur. Buat sehingga habis.
- Kemudian masukkan air sehingga telur tadi tenggelam.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Dengan menggunakan api yang kecil, rebus sehingga 3 hari 2 malam. Barulah bahan-bahannya mesra masuk ke dalam telur tadi.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Rohanah Tahirin Via MAHN