Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Pikat Hati Anak Dengan ‘Thai Bread Creamy Chicken’ Ini, Cuba Dulu Baru Tahu Kesedapannya!

Pikat Hati Anak Dengan ‘Thai Bread Creamy Chicken’ Ini, Cuba Dulu Baru Tahu Kesedapannya!

Kategori:
Thai Bread Creamy Chicken

Roti ini pernah viral suatu masa dulu, Thai Bread Creamy Chicken yang sedap dan menyelerakan. Roti ini ala-ala burger Malaysia, tapi intinya boleh dipelbagaikan seperti menggunakan inti ayam. Nak tahu bagaimana rasanya? Jom cuba buat menggunakan resepi lengkap dibawah. Selamat mencuba!

Pikat Hati Anak Dengan ‘Thai Bread Creamy Chicken’ Ini, Cuba Dulu Baru Tahu Kesedapannya!

Bahan bun roti:

  • 500 gm tepung high protein/ tepung gandum
  • 75 gm gula halus
  • 1 sdk bread improver
  • 1/2 sdk garam
  • 1 peket yis (11gm)
  • 2 sdb susu tepung

Bahan basah:

  • 1 biji kuning telur + 30gm susu segar+ air sejuk ( jadikan 280gm semuanya )
  • 70 gm marjerin

Bahan inti Thai Bread Creamy Chicken:

  • 1/2 pek isi ayam kisar
  • 1 biji bwg holand
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 sdb tepung jagung + sedikit air
  • 1 sdb butter
  • 1 cwn susu segar
  • 2 keping cheese slice
  • Sedikit cendawan butang
  • 1 biji capsicum hijau dn merah
  • Lada hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan lain:

  • 1 biji telur (dipukul sedikit utk sapu pd doh)
  • Daun salad

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan bun roti ke dalam 1 mangkuk besar.
  2. Kemudian tuangkan bahan basah kecuali marjerin sedikit demi sedikit.
  3. Uli sebati dan masukkan marjerin. Uli sehingga menjadi doh, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit.
  4. Dah siap semua, perapkan selama 40 minit sehingga doh mengembang.
  5. Bila dah kembang, tumbukkan doh supaya angin keluar. Uli lagi dan bentukkan bulat.
  6. Perap doh lagi sehingga kembang sekali lagi.
  7. Bila dah kembang, sapukan doh dengan telur.
  8. Taburakn breadcrumb pada doh.
  9. Panaskan minyak dengan api kecil dan goreng sehingga masak.
  10. Untuk ini, panaskan butter dan tumis bawang sehingga layu.
  11. Masukkan ayam dan lada hitam
  12. Bila ayam dah masak, masukkan cendawan butang dan capsicum.
  13. Masukkn susu segar dan cheese slice. Masukkan tepung jagung supaya pekat sedikit dan perasakan dengan garam.
  14. Bila dah mendidih dan masak, boleh tutup api.
  15. Ambil roti yang dah digoreng, potong tengahnya tapi jangan sampai putus.
  16. Letakkan salad dan inti ayam tadi.
  17. Letakkan sos cili dan mayonis.
  18. Siap!

Kredit: Hidayati Hana

tags: