Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Thai Salad Yang Super Sedap dan Sihat, Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Resipi Thai Salad Yang Super Sedap dan Sihat, Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Kategori: ,

Masakan Thai sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia. selain hidangan popular seperti tomyam, somtam, miang pla pao dan pulut mangga, rupanya ada satu hidangan Thai yang sesuai untuk dinikmati bagi yang sedang berdiet iaitu Thai Salad.

Resepi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar ni memang menarik untuk dicuba! Rasanya dikatakan cukup mirip macam yang dijual di restoran Thailand.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok resepi yang Thai Salad yang segar dan dijamin sedap!

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk dicari, caranya pula teramatlah senang.

Resipi Thai Salad Yang Super Sedap dan Sihat, Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Bahan-Bahan Untuk Sos :

  • 5 ulas bawang putih
  • 5-7 biji cili padi merah
  • 2 cawan air
  • 1 cawan kacang tanah – digoreng
  • 1 cawan santan/ susu full cream
  • 5 biji telur rebus – ambil kuning
  • 1 sdb cuka
  • Garam dan gula

Cara-Cara Buat sos:

  • Kisar semua bahan-bahan sos sehingga lumat. Masak dengan api perlahan.
  • Sekiranya sos pekat tambah sedikit air. Sos mesti ada rasa masam-masam, manis dan pedas.

Thai Salad

Bahan-Bahan Untuk Salad :

  • 1 pokok daun salad
  • 1/2 biji kobis ungu
  • Tomato cherry
  • 1 biji timun
  • 4 biji telur rebus – dibelah dua
  • 5-6 biji fishball goreng
  • 3 batang sosej potong serong
  • 1 keping dada ayam – gaul dengan tepung bestari

Cara-Cara Buat Salad

  • Potongkan semua sayur-sayuran dan letakkan ke dalam mangkuk.
  • Gaulkan dada ayam dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan.
  • Seterusnya, celur sosej dan goreng fishball.
  • Hiris kesemua bahan-bahan salad dan susun dalam mangkuk
  • Tuangkan sos dan gaul rata. Thai Salad siap untuk dinikmati.

Thai Salad

Wah, nampak sedap sangat Thai Salad ni! Menarik untuk dicuba di rumah bagi yang sedang mencari hidangan alternatif yang lebih sihat.

Penggemar masakan Thai wajib cuba hidangan ini, lebih-lebih lagi bagi yang sedang menjaga pemakanan.

Dengan adanya resepi sihat yang sedap macam ni, memang tak bosanlah makan salad sekalipun, hari-hari mesti nak!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba buat Thai Salad ni di rumah. Silap-silap, ahli keluarga lain pun boleh terjebak makan salad ni sebab sedap sangat!

Sumber: Rozmaliza Omar

tags: | |