Sejak akhir-akhir ini, viral Tom and Jerry Cheese Cake. Mana tidaknya, rupa kek yang ‘cute’ ini telah menarik perhatian ramai orang untuk mencubanya.
Nak cuba buat sendiri? Boleh ikuti perkongsian oleh Nora Ali di bawah.
Resepi Tom And Jerry Cheese Cake ‘Viral’
Bahan-bahan:
- White Choco 300gm (Apa2 jenama tapi saya
guna beryl’s )
- Pewarna lemon 2 sdt
Cara-cara:
- Double boil hingga hancur lebur. Lepas tu letak dan ratakan dalam acuan Cheese Cake sehingga rata sekeliling jangan terlalu nipis sangat sebab nanti keluarkan patah pula, sejukan seketika. ( Acuan tu boleh beli kat shoppe sja murah lgi )
Bahan-bahan cheese:
- 500gm cream cheese
- 65gm gula icing
- 400gm Dairy whipping cream
- 120gm susu pekat manis
- 1 tbsp lemon juice
Cara-cara:
- Blend/mixerkan cream cheese sehingga hancur dan kemudian masukan bahan yang lain. Lepas tu masukkan dalam piping bag dan pipe kan sedikit ke dalam acuan yang sudah sejuk. Ikut suka nak letakkan filling kat tengah tu boleh letak coklat jugak. Dan sejukan lagi dalam 2 jam mcm tu.
- Last sekali lebihan white choco tadi tu boleh lah menutupi lapis paling bawah. Atau nak letak oreo crumbs, sponge cake pun bole saja ba.
- Sejukkan semalaman. Then boleh la makan.
Selamat mencuba!