Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tomyam Alfredo Fettuccine Yang ‘Creamy’, Sedap & Lazat!

Resepi Tomyam Alfredo Fettuccine Yang ‘Creamy’, Sedap & Lazat!

Kategori:
Tomyam Alfredo Fettuccine

Tak pernah dengar lagi orang masak tomyam alfredo fettuccine kan? Tengok gambar pun dah terliur. Nak tahu bagaimana rasanya? Ikuti resepi perkongsian oleh Ashril_97 di bawah.

Resepi Tomyam Alfredo Fettuccine Yang ‘Creamy’, Sedap & Lazat!

Bahan-bahan:

  • Pasta (Fettuccine/Spaghetti/etc.)
  • 3 ulas bawang putih – dipotong dadu
  • 1 biji bawang merah – dipotong dadu
  • 7 batang cili padi – dikisar
  • Cendawan (banyak pun takpa) – dipotong
  • Cooking Cream 200ml
  • Susu low fat (sikit je dalam setengah cawan sebab nak bagi banyak)
  • 1 sudu besar Paste tomyam
  • 1 Keping ayam dada – dipotong
  • 10 – 12 Ekor udang
  • Mozzarella Cheese
  • 1 Keping cheesedale
  • Chili flakes
  • Serbuk Parsley
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar Butter
  • Tepung Jagung

Cara-cara:

  1. Rebuskan pasta sehingga lembut.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan butter.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili padi yang telah dikisar.
  4. Masukkan cendawan. Kemudian tuangkan cooking cream. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan pula paste tomyam.
  6. Masukkan dada ayam dan udang. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  7. Masukkan pasta dan daun limau purut. Kacau sebati.
  8. Masukkan mozzarella cheese, cheese slice, chili flake dan serbuk parsley. Masukkan juga sedikit tepung jagung.
  9. Kacau sebati, siap!
  10. Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Perlu Beli Sos Segera Dah, Buat Sendiri Je Sos Carbonara. Sekali Buat Dapat Sekuali!

tags: |