Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tomyam Kaki Ayam Thai Yang Kaw! Tak Berbau Dan Sangat Sedap Confirm Licin Satu Periuk

Resepi Tomyam Kaki Ayam Thai Yang Kaw! Tak Berbau Dan Sangat Sedap Confirm Licin Satu Periuk

Kategori: ,
resepi tomyam kaki ayam

Tahukah anda bahawa kaki ayam ini sangat baik dalam menghasilkan kolegen. Bukan sahaja sedap malah anda boleh jadi cantik walau dengan hanya kaki ayam. Kaki ayam ini sangat enak jika di buat sup atau di buat tomyam. Tapi pernah tak anda makan kaki ayam tapi ia berbau. Bau hanyirnya itu membuatkan kita tak berselera untuk makan. Tetapi sekiranya anda menggunakan resepi di bawah ini, inshaAllah tomyam kaki ayam anda tak berbau. Apa yang pasti ia sangat sedap dan menyelerakan.

Cara Buat Tomyam Kaki Ayam Thai Yang Kaw!

BAHAN-BAHAN:

Bahan A – Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

  • Kaki ayam ikut suka nak banyk mana (pastikan anda basuh dengan bersih kaki ayam tersebut)
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ike
  • Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau keluar.
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu peka
  • 1 biji limau kasturi
  • Air – lebih kurang 1L
  • Garam & gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula kaki ayam.
  3. Bila kaki ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

tags: |