Dah tiada idea nak masak menu apa dengan menggunakan udang? Apa kata jom cuba buat udang goreng tepung atau udang belon ala Thai ini. Lagi sedap kalau makan dengan sos pencicah. Rangup tepungnya dan lembut isi udangnya bila dikunyah. Fuhh, padu!
Lebih 4K ‘Shares’, Ini Resepi Udang Belon Ala Thai Guna 4 Bahan Sahaja
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
- Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
- Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, taknak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
- Celup udang dalam adunan tepung.
- Kemudian goreng dalam minyak yang panas.
- Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Fatyma Idris
Baca juga: Resepi Udang Masak Berlada ‘Pikat’ Hati Suami, Siap Bertambah Nasi 2 Pinggan!